..

..
I'm DALIANA BT DAHLAN, your Shaklee Independent Distributor at Tmn Desa, Kuala Lumpur. Delivery throughout MALAYSIA. SHAKLEE ID 986337 | TEL 013 747 9175 | Email ku_alia80@yahoo.com

Wednesday, December 31, 2014

Multivitamin Kanak-kanak

Bila anak kita kerap demam, selesema dan batuk..itu adalah tanda antibodinya lemah..disebabkan kekurangan sebilangan vitamin yang menyokong keperluan antibodi tubuh seperti, kalsium, vitamin C, vitamin B dan sebagainya.  

Tambahan pula, lambakan makanan ringan dan makanan segera yang sangat kaya dengan garam, gula, pewarna dan perasa juga memudaratkan kesihatan anak dan gigi. 

Dengan gaya hidup ibubapa sekarang yang masing-masing bekerja, anak dijaga pengasuh, kita tidak tahu sangat apa yang anak kita makan seharian sama ada sesuai atau tidak dengan diet anak-anak kita.

Setuju? ☺

Kita sebagai ibubapa perlulah memandang berat akan pemakanan anak-anak.. kerana makanan mewakili peratusan zat dan nutrisi yang anak kita perolehi seharian. Dan kini ibubapa boleh menarik nafas lega kerana suplemen multivitamin Shaklee membantu melengkapkan (bukan menggantikan) ..MELENGKAPKAN ya! ..melengkapkan kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh anak-anak kita yang sedang membesar.

Kelebihan Suplemen VitaLea for Children yang boleh dikunyah(chewable) ini :-

☆ Membekalkan 19 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk tumbesaran

☆ Sumber kalsium untuk tulang, otak dan gigi

 ☆ Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit


☆ Sumber lengkap 7 jenis vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul


☆ Menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk menyerap kalsium dengan berkesan


☆ Mengandungi 100% nilai harian Vitamin C yang diperlukan


☆ Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang cantik


☆ Untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas


☆ Kanak-kanak 1 hingga 3 tahun yang SUDAH PANDAI  KUNYAH TABLET boleh ambil dengan PENGAWASAN ORANG DEWASA 


☆ Rasa yang sedap (masam manis gitu macam rasa anggur)


Chewable VitaLea for Children ini BERBEZA dengan Lain-lain Produk Di Pasaran tau! ☺

¤ Tidak mengandungi perasa, pewarna, pengawet dan pemanis tambahan
¤ Mengadungi pemanis semulajadi dengan Xylitol yang melindungi gigi anak-anak dari kaviti
¤ Pembungkusan BPA free

Kanak-kanak yang macam mana perlukan Vita-lea For Children ??

♡ Yang kurang selera makan
♡ Yang suka makan junk food
♡ Yang kurang makan makanan berkhasiat
♡ Yang kurang minum susu (bekalkan 200mg dalam setiap hidangan)
♡ Yang tak suka makan sayur (vitaLea ada Vitamin K – bantu pembekuan darah dengan cepat jika luka)
♡ Yang selalu jatuh sakit
♡ Yang kurang aktif

Permulaan yang sangat POSITIF untuk bulan MARCH  2015 ☺

Dapatkan VitaLea Kanak-kanak pada promosi bulan ini ya! ☺

☆☆ BUY 3 FREE 1 ☆☆☆
☆☆ Beli 3 botol VitaLea Kanak-kanak ini dan anda akan dapat SEBOTOL VitaLea Kanak-kanak dengan PERCUMA ☆☆

●● Bagi kanak-kanak yang tidak boleh menelan tablet boleh gantikan VitaLea For Children dengan MealShakes Shaklee..MealShakes juga suplemen multivitamin tetapi dalam bentuk serbuk dan ianya perlu dibancuh.

Harga VitaLea For Children ini?

Hubungi saya ya! ☺
DALIANA BT DAHLAN
ID Shaklee 986337
E-mail: ku_alia80@yahoo.com
WhatsApp/Telegram: 0137479175
Page: Vitamins in Da House


Sunday, December 28, 2014

Bermulanya kisah saya bersama Shaklee ☺☺☺

Bangun-bangun pagi sakit badan..nak pijak lantai pun sakit tapak kaki..kulit muka kusam dan tak bermaya.

Rekaan or kisah benar ni?

Kisah benar. Kisah saya sebelum berjumpa suplemen Shaklee.

Apa yang saya buat sebelum berjumpa Shaklee?

Saya cuba minuman air kopi kacip fatimah. Tak boleh tahan sebab kerap kena sakit kepala. So..saya kena elakkan minum kafein. STOP.

Saya cuba beli minuman berherba. Maaf tak ingat pula namanya. Tak serasi juga. Nak kata healing crisis bukan, sebab badan masih sakit-sakit dan penyakit lain pula yang datang..STOP & Redha.

Cuba kosmetik seperti Xxxx..bagus..amat bagus tapi kulit masih kusam sebab bila tak pakai, kulit jadi kering.

Nak kata saya tak cukup minum air.
Air masak kosong 3liter memang WAJIB saya minum setiap hari sejak dibangku sekolah lagi.

Takdir saya berjumpa suplemen Shaklee semasa saya dalam usaha mencari suplemen untuk ibu mengandung. Usia kandungan saya masa itu 12w(12 minggu).

En Google banyak membantu. Check testimoni. Search FB frenz yang ada dan pernah consume suplemen Shaklee. Dan terjumpalah saya dengan Puan Nora Basir(mak shaklee saya 'mom' aka upline saya). Kami takde upline or up up lain..kami dah macam keluarga. Sebab tu panggil 'mom' . Kawan rapat ke? Tidak. Beliau salah seorang rakan fb saya.

Ok. Berbalik pada cerita asalnya tadi. Saya mencari suplemen untuk ibu mengandung. Saya buat order..dan parcelnya sampai pada 1 Sept 2013 jam 3 petang. Ok. Saya tak buka lagi parcelnya sebab kesibukkan melanda diri menguruskan anak-anak saya yang 4 orang itu. Huhu. Dalam kesibukkan itu saya tetiba 'bleeding'. Stop sebentar buat keje rumah. Tunggu en suami pulang kerja. Malam pergi ke klinik. Klinik tendang ke hospital. Ok. Check-in Emergency Room. Doc bagi suntikan hormon untuk stabilkan. Check-out malam yang sama. Sampai je rumah, semakin banyak pula darah keluar.

Esok pagi pergi klinik di hospital, doc scan rahim..'dah kosong' kata doc..saya? Senyum dan redha. En suami takde disisi masa doc bagi khabar tersebut. Jalan kaki menuju ke lobi hospital, call en suami untuk ambil saya. En suami tahu dah jawapannya daripada riak wajah saya yang agak sugul ketika itu tapi masih mampu tersenyum. Keep set in-mind 'bukan rezki kami kalini', 'Allah sebaik-baik perancang' ☺☺☺

Habis kisah saya di hospital. Kisah saya bersama set mengandung yang masih belum bersentuh itu. Rasa nak pulangkan je set tersebut..atas nasihat Nora Basir (my Shaklee Mom), dia suruh saya makan macam biasa..teruskan pengambilannya macam biasa. Saya ni memang menurut arahan masa tu..sebab nak sihat, kan? Nak cepat sihat. Sebab siapa nak jaga 4 orang kiddos saya itu? Huhu ☺☺☺

En suami ambil cuti. Ku tak ingat berapa hari. 2 hari kot.
Saya pun mula makan suplemen Shaklee.

Seminggu. Ya. Seminggu.
Badan saya terasa keAJAIBnnya.

Badan terasa ringan dan segar. Tapak kaki tak rasa sakit bila pijak ke lantai.
Kulit muka tak kusam dah. Rasa yakin sungguh bila keluar rumah tanpa make-up. Saya tak suka touch-up muka sebenarnya. Huhu. ☺

Tumit kaki smooth je. No more rasa macam KERTAS.
(dalam hati saya 'bagus Shaklee ni')..setelah SEBULAN baru saya kongsikan di FB. Kini setelah SETAHUN saya kongsikan di sini. ☺☺☺

Suplemen apakah saya makan sepanjang tempoh berpantang saya? Suplemen untuk set mengandung ya! Jangan lupa tu sebab saya keguguran. (senyum selalu) ☺☺☺

Saya sedia membantu anda yang memerlukan suplemen semasa mengandung mahupun ketika berpantang. EKSKLUSIF dari saya untuk anda.

SID DALIANA BT DAHLAN

013 747 9175

Email: ku_alia80@yahoo.com

Friday, December 26, 2014

Hapus lemak-lemak degil

OmegaGuard Shaklee dan Lecithin Shaklee membantu mmbakar lemak-lemak degil dalam badan kita.

• Fungsi lecithin dalam pembakaran lemak tidak mendap ini adalah, ia memecahkan lemak-lemak tidak mendap ini menjadi molekul-molekul yang lebih kecil dan memudahkan dalam proses penghadaman.

Khasiat OMEGA dalam diet kita adalah;

• omega bertindak membakar lemak-lemak termendap.. maknanya.. lemak-lemak yang sudah melekat pada dinding mmbran kita yang sebelum ini tidak dibakar oleh lecithin.

Jom order set ini dgn saya..
Free consultation after purchasing.

SID Daliana دالينا دحلان
0137479175
♥♥♥♥♥

#pray4PantaiTimur

Wednesday, December 24, 2014

Kundasang Sabah

Subhanallah. Alhamdulillah  Allahuakbar.

Kerdilnya rasa diri ini kerna diizinkan olehNya untuk menghirup udara sedar pagi ini di bumi Kundasang, Sabah.

Segar. Nyaman. Sejuk. Damai.
Kicauan burung dan kokokkan ayam, menemani saya berpagi-pagian harini.

Mungkin bagi anda ini adalah perkara biasa. Bagi saya ianya seperti bermimpi untuk menghirup udara segar dan sejuk sebegini. Alhamdulillah.

Sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Saya ingin berkongsi sedikit mengenai Kundasang, Sabah.

Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu. Ia terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu. Cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi alasan utama ramai pelancong datang berkunjung ke Kundasang.

Pertanian merupakan sumber pendapatan yang utama kepada penduduk di sini. Tidak hairanlah Kundasang merupakan pusat membeli-belah sayur-sayuran yang sangat terkenal di daerah ini.

Manakala pelancongan menjadi sumber pendapatan kedua terpenting bagi penduduk di Kundasang. Majoriti penduduk Kundasang adalah terdiri daripada suku kaum Dusun, Sungai, Bajau, Melayu, Cina, namun terdapat juga sebilangan daripada pendatang Indonesia yang terdiri daripada Bugis,Tator, Timor, Jawa, yang mana telah menjadi sebahagian kecil daripada penyumbang bagi mengerakkan ekonomi di sekitar Kundasang, terutamanya di dalam sektor pertanian.

Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Kundasang juga menyediakan kemudahan seperti hotel, motel, chalet dan home stay bagi memberi keselesaan kepada para pelancong.

Jangan terasa pelik jika Homestay di sini tiada kemudahan kipas dan penghawa dingin ya!! Sebab cuaca malamnya cukup buat anda memerlukan blanket tebal untuk menyelimuti diri anda sepanjang malam. Seronok kan? ☺

Di sini saya kongsikan sedikit gambar-gambar hasil tangkapan kamera hphone saya ni. Maaf tiada camera 360 atau kamera canggih. Tak banyak saya snap kerna melihat pemandangan di sini secara LIVE amat memberi nikmat luar biasa pada saya yang kerdil ini. Subhanallah.

Saya ada selitkan sekeping gambar HOMESTAY kami sekeluarga. ☺♡

Tuesday, December 23, 2014

Doa menghadapi bencana banjir besar

Perkongsian bersama..insyaAllah ☺♡

Mengikut satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim: 

"Dari Anas bin Malik menyatakan, “Demi Allah, (pernah satu masa) kami tidak melihat matahari selama 6 hari (kerana hari-hari hujan). Kemudian pada hari Jumaat, ketika Rasulullah s.a.w berdiri menyampaikan khutbah tiba-tiba muncul seorang lelaki dari pintu masjid. Lelaki itu mengadap Nabi s.a.w sambil berdiri. Dia berkata, ‘Ya Rasulullah, banyak ternak yang mati dan jalan terputus (kerana banjir). Kerana itu, berdoalah kepada Allah agar Dia menahan hujan.’ 

Kemudian Nabi s.a.w mengangkat kedua tangannya dan berdoa:

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا، وَلاَ عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ وَالجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

ALLAHUMMA HAWAALAINA WA LAA ’ALAINA. ALLAHUMMA ’ALAL AAKAMI WAL JIBAALI, WAZH ZHIROOBI, WA BUTHUNIL AWDIYATI, WA MANAABITISY SYAJARI

“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami dan tidak di atas kami. Ya Allah turunkan hujan di bukit-bukit, pegunungan, dataran tinggi, perut lembah, dan tempat tumbuhnya pepohonan.”  

"" Tiba-tiba (lepas doa dibacakan Nabi) hujan langsung berhenti. Kami keluar masjid di bawah terik matahari. ""

Doa di atas boleh kita baca bagi menghadapi musim banjir yang sedang berlaku sekarang. Maksud doa itu adalah untuk memohon Allah menurunkan hujan sebagai rahmat di tempat yang subur dan bermanfaat bagi tanaman dan bukan sebagai azab yang merosakkan kehidupan manusia.  

Boleh ke ambil suplemen bersama ubat doktor?

Elakkan pengambilan vitamin(suplemen) bersama ubat ya! ☺

Sekiranya anda sedang berada dalam pemantauan doktor, dan anda telah bercadang untuk mengambil vitamin pada masa yang sama, elakkan daripada mengambil kedua-duanya secara serentak.

[Info yang perlu anda tahu]

Pengambilan ubat dan vitamin secara serentak, boleh menimbulkan kecelaruan dalam tubuh anda dan ia boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan yang baik untuk kedua-duanya.

[Cadangan]

Cuba sediakan jadual pengambilan ubat dan vitamin yang anda ambil bagi mengelakkan pengambilan serentak berlaku. Jika anda mengambil ubat yang doktor pada waktu pagi, anda boleh mengambil vitamin pada sebelah malam. Namun, jika anda perlu mengambil kedua-duanya secara berturutan, jadi, anda boleh ambil vitamin selepas 2-3 jam anda makan ubat doktor anda.

Monday, December 22, 2014

Set Kulit Terlaris, Terbaik, Jimat!

" Dal ..terima kasih banyak2 sebab bg cadgn set kulit ni..suami yg mula2 nmpk prbezaan kulit ni..taktahu nak ckp apa dah.. "

Saya: alhamdulillah..yg penting konsisten dan water intake kena cukup ya.

" Tu la..air mmg paksa diri minum mcm dal bgtau saya..rasa tak takut dah tgk muka sendiri kat cermin..yakin je..takde nak sibuk pakai makeup bagai semua tu..betullah dal..ajaib dtg dgn izinNya..takde lg dh kulit kusam dan tak bermaya tu. "

Saya: tu jugak yg saya rasa masa mula2 consume Shaklee dear ☺

Testimonial yang masih segar lagi ya!
Saya terima pagi tadi, 23hb Dis 2014, jam 9.05pagi. ☺

Kebanyakkan pelanggan-pelanggan saya yang mengalami masaalah kulit kusam, tak bermaya dan berjeragat akan bagi maklumbalas yang amat positif. Alhamdulillah. ☺

Seronok tau dapat buat orang gembira dengan diri sendiri.

Yang penting diri mereka kembali yakin dan hubungan suami-isteri mulai mekar seperti pengantin baru gitu..huhu..jangan marah ya ☺

Shaklee Effects pada diri saya dan keluarga juga terlalu banyak untuk dikongsikan di ruangan blog ini. Jangan risau, saya akan luangkan masa untuk menceritakannya ya! ☺

Jika anda ada masaalah untuk bertanyakan pada saya ini, jangan malu jangan segan tau!
Saya akan bantu anda. EKSKLUSIF untuk pelanggan dan bakal pelanggan saya.

DALIANA BT DAHLAN
0137479175
senyum senyum selalu
#SmilesssFamily


JIMAT ?? 
Sebotol Vita E = bekalan Vita E anda utk 4 bulan
Sebotol B Complx = bekalan B Complx anda utk 4 bulan
Sebotol Sr Vita C = bekalan Vitamin C anda utk 6 bulan

Sabah (21hb - 27hb Dis 2014)

Alhamdulillah..tanggal 21hb Disember 2014, kami sekeluarga telah berangkat ke Kota Kinabalu, Sabah.

Menaiki penerbangan MH2628 BKI, waktu 2045. Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, penerbangan telah ditangguhkan sehingga waktu 2115.

Mulanya perjalanan dan pengalaman melalui udara buat pertama kalinya bagi anak-anak kami. Alhamdulillah, sampai jua hajat mereka untuk menaikinya.

Wajah riang anak-anak terpancar jelas. Tak perlu berkata-kata. Alhamdulillah. ☺

Setibanya kami di Le Meridien Kota Kinabalu pada waktu menghampiri 0005 22hb Disember 2014, kami disambut dengan layanan yang amat baik daripada kakitangan hotel ini. Alhamdulillah.

Untuk hari Isnin dan Selasa (22hb dan 23hb Dis), saya hanya berjalan-jalan kaki disekitar hotel ini sahaja..disebabkan suami perlu selesaikan kerja pejabatnya dahulu..mulai esok (Rabu 24hb Dis), insyaAllah, kami akan panjangkan kaki..ke mana? Tunggu ya! Panjang umurnya saya ini akan saya kongsikan di sini..insyaAllah.

Perkongsian: Gambar-gambar anak-anak dua tiga hari dari KL-BKI ☺♡

Suplemen ? Makanan Tambahan ? Kenapa ?

Kenapa Perlu Makanan Tambahan (suplemen)? ☺

Kehidupan moden, makanan segera yang berleluasa menjadi penyumbang utama masalah kesihatan moden. Mudah, ringkas, sedap, kenyang, tapi penuh segala bahan kimia iaitu pengawet, perisa, perasa, logam berat, tinggi gula, kolesterol dan sebagainya.

Kita mempunyai beratus trillion sel yang sedang bekerja didalam setiap sistem-sistem kita yang terdiri dari organ-organ dan tisu-tisu yang sedang membina kehidupan.

Kesihatan kita bergantung pada nutrien-nutrien yang diperolehi oleh semua sel-sel tersebut. Mampukah nutrien-nutrien itu diperolehi dari sumber-sumber makanan kita hari ini?

Tahukah anda?

Ikan yang dibekalkan kepada kita dari Thailand, lndia dan sebagainya direndam didalam ubat mayat yang dinamakan Formalin, supaya tahan lama?

Bekalan makanan mentah kita seperti ayam..pada peringkat awalnya iaitu anak ayam,  disuntik hormon supaya cepat besar dalam mendapatkan pulangan segera.

Sayur kita pula telah disembur dengan racun serangga yang hebat hinggakan ulat pun tak berani nak makan. Sebab yang ulat tak makanlah yang mmpunyai harga, yang menjadi pilihan kita. Padahal sayur yang berulat aka macam ada kena makan oleh ulat itulaa yang bagus sebenarnya. Kita ni pula dah set kat otak, sayur cantik daunnya itulaa yang terbaik. Hurmm.

Buah-buahan dipasaran pula, contohnya Epal..ianya telah disimpan lama, yang telah diawet dengan white chemical, yang kelihatan putih berkilat pada buah epal dan sebagainya. Dikatakan untuk sampai kepada kita makan masa berbulan-bulan, padahal vitamin mulai hilang sejak ianya dipetik.

Begitulah dengan apa saja yang disediakan kepada kita hari ini seperti beras, gula, tepung, segala telah diproses secara kimia. 

Kalau korang nak tahu, saya pun baru tahu..saya percaya korang lagi arif mengenainya..iaitu Gula Putih adalah kristal putih yang terhasil setelah proses membuang semua vitamin, molasses, mineral, protin, serat dan lain-lain kandungan yang berfaedah terkandung didalam air tebu. Ianya tidak terdapat di alam semulajadi, sangat merbahaya kepada manusia, malah tidak sesuai untuk dimakan. Bagi saya, gula putih adalah racun yang merbahaya.

Kenapa Perlu Makanan Tambahan?

Kerana kita tidak mampu untuk menternak ayam sendiri, menangkap ikan sendiri, tanam sayur sendiri dan sebagainya..kalau anda mampu, tahniah saya ucapkan. ☺

Sebagai pelopor dibidang vitamin, Doktor Forest C Shaklee telah melihat jauh kehadapan dimana beliau telah menjangkau bahawa di dalam dunia yang moden nanti, segalanya segera dan makanan segar amat sukar diperolehi.

Penyelesaiannya, " we supplement our foods and supplement becomes A Modern Solution To A Modern Problems " which is " As Nutritional lnsurance. "

Bolehkah Makan Banyak Vitamin?

Lagi satu persoalan, bolehkah kita ambil vitamin banyak-banyak?

Sebenarnya kita dah lama kekurangan vitamin jadi kalau kita ambil vitamin-vitamin mengikut kuantiti seperti tertera dibotol , itu hanya memenuhi keperluan harian sahaja, sebab itu kalau kekurangan teruk kena ambil lebih, untuk menampung kekurangan yang lama.

Kenyataan yang biasa kita dengar ialah " orang mati kerana kekurangan zat, bukan kerana terlebih zat.” ..kan? ☺

Tetapi saya hanya mewakili vitamin jenama Shaklee sahaja kerana komitment syarikat tentang 100% semulajadi dan penyerapan yang cepat iaitu dalam masa 30 minit segala nutrien yang tertera dilabel akan berada didalam darah dan bersedia untuk diserap, ini adalah hasil keputusan ujian klinikal, The Shaklee Difference.

'UBAT KUAT' orang lelaki

Nampaknya kesedaran menjaga kesihatan lebih tinggi dikalangan isteri daripada suami. Ini pemerhatian setahun saya bersama Shaklee. ☺

Isteri yang jaga kesihatan suami, mesti lebih disayangi kan? Kan? Hahahaha...perasan sungguh! ☺☺☺

Pagi yang damai ini saya nak kongsikan manfaat Vitamin E untuk Lelaki.

Makan Vita-E Boleh Jadi 'GAGAH' ?

Sebenarnya banyak sangat manfaat Vita-E untuk orang lelaki. Mesti suami diluar sana ingat Vita-E ni untuk kecantikkan je...oo tidak!! No no no!!

Sebenarnya, rahsia lelaki hebat dan sihat ada pada Vita-E, Zinc & Coq10Health.

Kenapa? Gabungan tiga suplemen ini jika diambil dengan penuh disiplin dan konsisten, anda pasti rasai keAJAIBannya..insyaAllah ☺♡

Diantara kesan yang pasti anda mahukan, iaitu:

☆ Membantu hasilkan sperma yang lebih berkualiti

☆ Sperma lebih aktif dan pantas berenang. Peluang hamil lebih tinggi

☆ Mencegah dan merendahkan risiko kanser kerana antioksida semulajadi

☆ Memusnahkan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan dan kecacatan sperma

☆ Meninggikan kuantiti sperma dihasilkan

☆ Membanyakkan air mani

☆ Vitamin E, Zinc & Coq10 Shaklee dibuat dari sumber tumbuhan. Pasti halal okey! ☺

Buat mommies dan ibu yang merancang untuk dapatkan zuriat tapi masih belum hamil lagi, boleh berikhtiar dengan memberikan cadangan set ini pada suami anda

Mereka ni berkira sikit bahagian ni. Tapi lepas makan dan rasai sendiri perbezaannya, mesti berubah mentaliti mereka itu. InsyaAllah.

Boleh cuba dengan satu jenis suplemen dahulu samaada zinc, vita e atau coq10 ..atau ketiga-tiganya sekaligus..dan hasilnya pasti amat mengagumkan anda..insyaAllah. ☺

Dapatkan 'UBAT KUAT' si dia yang disayangi.

Khidmat nasihat EKSKLUSIF akan diberikan oleh saya,

DALIANA BT DAHLAN
SID#986337
013 747 9175

Sunday, December 21, 2014

Senggugut

Senggugut? Period pain?

Kenapa perlu GLA & Ostematrix ketika ini?

GLA & Ostematrix mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, membantu tidur yang lebih selesa dan membantu memperbaiki depresi, mood yang tidak tetap, sakit kepala dan pitam.

Malah kedua-kedua ini membantu memperbaiki masalah haid ya!
Kajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit sewaktu haid dan membantu masaalah membuang air kecil dan besar.

Betul ke? Betul sangat-sangat kengkawan sebab saya dah rasa manfaatnya ya..memang jatuh ♡ dengan GLA & Ostematrix setiap kali datang bulan. ☺☺☺

Dapatkan khidmat nasihat EKSKLUSIF dari saya,
DALIANA BT DAHLAN
SID #986337
013 747 9175

Kesan Sampingan Makan Suplemen

Takut nak makan suplemen Shaklee ?

Sebab mempunyai kesan sampingan yang banyak..katanya!! Huhu ☺

Semasa mula-mula mengambil vitamin Shaklee, kenapa ada kesan sampingan seperti badan terasa panas dan loya dan mual?
Kenapa ini semua terjadi? Tak suka laa!!
Tak sesuai untuk badan ke?

Macamnilah ya..kalau anda dah terbiasa makan makanan segera seperti Pizza(apa-apa jenis Pizza), McD dan KFC, senang cerita FASTFOOD..dan tiba-tiba anda disuruh makan dalam bentuk 100% sayur-sayuran..

Cer bayangkanlah satu pinggan penuh sayur segar, boleh ke anda makan dengan habis tanpa rasa mual dan nak muntah? Jawapannya tak bolehkan? Inilah yang dipanggil Healing Crisis. Badan kita sedang sesuaikan diri dengan produk yang kita makan itu ya.

Lepas beberapa hari insyaAllah ok. Ada pelanggan beli Set Berpantang Shaklee untuk cepat sembuh dan kembali bertenaga, tak sangka pula dapat BONUS kulit makin cantik dan penyakit seperti gastrik dan resdung berkurangan dan jerawat pun payah dah nak datang.
Memang ini kesan sampingan paling ketara ambil produk Shaklee tau! Jangan risau okey! ☺

Kadang-kadang kita ni jenis tak sabar..nak senang je..nak cepat sembuh contohnya..dan kadang-kadang Healing Crisis ini membuatkan mereka berfikir panjang untuk berhenti makan selepas bersalin kerana kesan sampingan yang diterima badan.

Belum cerita lagi kesan makan Ostematrix dan suplemen-suplemen Shaklee yang lain..huhu ☺
Antara kesannya, susu badan jadi banyak dan membuang pun semakin lawas. 

Ada juga pelanggan-pelanggan saya tidak mengalami apa-apa Healing Crisis seperti loya, sakit kepala..malah mereka terus dapat bonus kecantikan dan kesihatan serta-merta.

Agak-agaknya kenapa ya?
Sebabnya mereka jaga pemakanan seharian mereka dan mereka telah pun menjaga pengambilan air secukupnya iaitu 3 liter sehari..malah kebanyakkan mereka yang tidak mengalami Healing Crisis ni suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran, suka makan ikan..senang cerita, makanan yang sihatlaa.

Oooo tidak..terlebih panjang sudah coretan kali ini.

Senyum senyum selalu.

Hubungi saya untuk dapatkan khidmat nasihat EKSKLUSIF

DALIANA BT DAHLAN
SID #986337
0137479175