..

..
I'm DALIANA BT DAHLAN, your Shaklee Independent Distributor at Tmn Desa, Kuala Lumpur. Delivery throughout MALAYSIA. SHAKLEE ID 986337 | TEL 013 747 9175 | Email ku_alia80@yahoo.com

Saturday, January 10, 2015

Baby selesema!

Selesema memang penyakit biasa, namun jika menyerang bayi baru lahir, panik juga dibuatnya apatah lagi jika ia pertama kali berlaku. Bayi akan merengek tanda tidak selesa kerana hidungnya tersumbat. Akibatnya dia sukar untuk menyusu.

Jangan risau kerana jika diserang selesema biasa ia selalunya tidak serius. Para pakar menganggarkan kebanyakan bayi akan menghidapi selesema sebanyak lapan hingga 10 kali dalam masa dua tahun pertama kehidupannya.

Selesema adalah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus. Ia mudah tersebar apabila orang yang selesema bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Bayi cenderung untuk dijangkiti dengan mudah kerana semasa lahir sistem imuniti yang berfungsi hanya sebanyak 60 peratus sahaja.

Bayi yang menghidap selesema tidak boleh bernafas melalui hidung kerana tersumbat oleh mukus. Ini membuatkan mereka tidak selesa dan asyik meragam. Jika selesema berlaku di kalangan kanak-kanak, anda boleh memberikan mereka lebih banyak jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C.

Jangan berikan sebarang ubat selesema tanpa berunding dengan pakar pediatrik terlebih dahulu.

Berikut cara untuk melegakan ketidakselesaan bayi atau kanak-kanak yang selesema.

☆ Jika hidung bayi tersumbat, tinggikan bahagian pembaringannya dengan meletakkan tuala di bawahnya.

☆ Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi  kerana ia boleh menyebabkan gejala mati lemas. Bayi terlalu kecil untuk menghembus hidungnya sendiri, jadi sentiasa lap hidungnya supaya boleh bernafas dengan lebih mudah.

☆ Anda juga boleh menggunakan alat penyedut yang banyak dijual di farmasi untuk mengeluarkan mukus yang menyumbat hidung bayi.

Cara terbaik untuk mencegah bayi daripada serangan selesema iaitu berikan si kecil susu ibu sejak dia lahir. Susu ibu dapat melindungi kesihatan bayi kerana selagi bayi menyusu badan, dia mendapat antibodi ibu dan imunisasi secara semula jadi. Sekiranya bayi jatuh sakit, penyakit tersebut ringan dan tidak berpanjangan.

Oleh sebab itu, anda sebagai ibu, kenalah berhati-hati dalam pengambilan makanan dan jagalah kesihatan anda. Makanlah buah-buahan & sayur-sayuran serta ikan. Jika tak mampu nak makan banyak-banyak makanan sekaligus, ambillah makanan tambahan aka suplemen untuk kesihatan anda sebagai ibu yang menyusukan anak. Ibu sihat, baby anda pun sihat. InsyaAllah. ☺
(Boleh rujuk gambar untuk suplemen kesihatan optimum buat si ibu yang menyusu)

Lindungi juga bayi daripada ahli keluarga yang sakit turut membantu mencegah jangkitan selesema. Jika mereka yang tidak sihat, pastikan membasuh tangan sebelum menyentuh bayi atau barang-barangnya.

Jika bapa kepada bayi seorang perokok, berhentilah dan elakkan mendedahkan bayi dengan persekitaran asap rokok. Anak yang tinggal bersama perokok berisiko lebih tinggi untuk mudah dijangkiti selesema berbanding bayi yang tidak terdedah kepada asap rokok.

Kredit sedikit info dari mamapeduli.

Dengan Suplemen Shaklee
♡ Sr Vitamin C ♡

Untuk bayi/ anak2 yang masih breastfeed, susu ibu adalah penawar terbaik dengan syarat ibunya mengambil makanan yang bersesuaian dan berkhasiat lah..contohnya, jika anak demam/selsema/batuk, ibu boleh ambil 2 biji vitamin C dan dipatahkan dua(satu tablet mengandungi 500mg Vitamin C, setiap 100mg akan dibebaskan setiap 1 jam..tapi bila sakit, badan memerlukan lebih vitamin C, jadi patahkan agar 500mg tersebut boleh diserap sekaligus dengan cepat untuk pertahanan badan dari penyakit)..insyaAllah. ☺

Ingin mencuba dan mencari produk Kesihatan Shaklee? ☺
Jom dapatkan melalui saya Pengedar Sah Shaklee Lembah Klang, KL dan Segamat, Johor. Pengeposan melalui PosLaju ke seluruh Malaysia.

Shaklee Independent Distributor
DALIANA | 0137479175
ku_alia80@yahoo.com
FB PAGE: Vitamins in Da House

No comments :

Post a Comment