..

..
I'm DALIANA BT DAHLAN, your Shaklee Independent Distributor at Tmn Desa, Kuala Lumpur. Delivery throughout MALAYSIA. SHAKLEE ID 986337 | TEL 013 747 9175 | Email ku_alia80@yahoo.com

Thursday, January 8, 2015

Kenapa Bayi Perlu Sendawa? (Burp)

Kenapa bayi perlu sendawa selepas menyusu?

Amat penting sekali anda sendawakan bayi kerana selepas menyusu, sejumlah kecil udara akan ikut serta masuk  ke dalam badan  bayi anda.

Udara ini akan terperangkap dalam perut bayi.

Oleh sebab udara ini tidak boleh keluar dengan sendiri, anda perlu sendawa bayi anda.

Sendawa  bayi adalah cara  mengeluarkan udara yang terperangkap. Jika tidak dilakukan, udara yang terperangkap akan membuatkan bayi tidak selesa dan juga amat berbahaya.

Keadaan inilah yang akan menyebabkan bayi tersedak susu apabila anda terus menidurkan bayi tanpa sendawakan terlebih dahulu.

Kembung perut (kolik) juga berlaku disebabkan anda tidak sendawakan bayi.

Tanda-tanda  bayi mengalami kolik :-
● bayi berumur kurang  daripada 3 bulan, menangis dan menjerit,  kaki ditarik ke dada semasa menangis. Tangisan yang berlaku pada masa lebih kurang sama tiap-tiap hari.


4 cara sendawakan bayi :-

1.      Bahu

Gendung bayi anda posisi tegap menghadap ke belakang dengan dagu bayi di atas bahu anda. Usap perlahan bahagian belakang  sehingga dia sendawa.

2.      Meniarap di pangkuan

Meniarap bayi anda pada salah satu paha anda. Kemudian usap-usap belakangnya dengan perlahan-lahan. Pastikan kepala bayi lebih tinggi dari badannya.

3.      Duduk menghadap ke depan

Biarkan bayi anda duduk dalam pangkuan anda dengan selesa.  Condong ke depan, gosok dan tepuk-tepuk punggungnya dengan jari-jemari anda sehingga udara dalam badannya keluar.

4.      Dukung

Dukung bayi sambil mengajaknya berjalan-jalan di dalam rumah, gunakan sebelah tangan anda untuk menggosok bahagian belakangnya.

SELAMAT 'BURP'ing your lil precious ☺☺☺


It is fairly common for bottle fed babies to gulp down some air while feeding. To minimise this you should make sure that the bottle is held at an angle while feeding, making sure the milk fills the teat throughout the feed. 

Burping will expel any air swallowed, but not all babies need to burp. Past generations tended to place great emphasis on 'burping or winding' a baby, this has unfortunately lead to new parents to worry unnecessarily if their baby does not burp. 

If nothing has happened after 5 minutes or so, then it probably won't. There is no need to 'force' a burp. You can gently rub your baby's back if you like, but there is no need to pat them forcefully.

A kind reminder for us which "Gently Rub Baby's Back" ☺☺☺


No comments :

Post a Comment