Betul ke orang bangsa M ni suka menjatuhkan bangsanya sendiri?
Saya selalu bercakap dengan diri sendiri, bila kita berdepan dengan BOB dan ujian-ujian yang sebegitu, janganlah kita bersedih dan rendah diri, serta mula merasa give up dalam proses untuk berubah ini.
Don’t simply surrender..walaupun kadang-kadang ter'surrender' jugak..huhu ☺
Jihad ini sememangnya sukar. Penuh dengan mehnah dan tribulasi. Wah..cantik bahasa den..hehe ☺
BOB adalah short form untuk “Buat Orang Bersalah” ~ Mat Lutfi ~
Kita teruskan je untuk bertahan dalam kesabaran, lama-kelamaan ia akan membentuk hati kita untuk kuat.
Memang pada mulanya kita akan selalu menangis dan berkecil hati, namun selepas itu kita akan mendapat hati yang jauh lebih teguh dan kuat dari sebelumnya..korang jangan taktahu saya ni mudah kecil hati ya..hehe ☺
Biasa orang-orang dari golongan BOB ini suka menyindir dan memperlekehkan kerana bertujuan untuk menyakitkan hati. Mereka akan lebih seronok jika kita memberi reaksi tersinggung, kerana mereka telah berjaya mencapai tujuan mereka. Nak bergurau ada caranya ya..kita bukan di zaman muda-mudi lagi. Perasaan dan hormon sudah berubah..kita bukan muda remaja lagi. Sesekali tu belajarlah menghormati orang. Hope bolehlaa ya! ☺
Apabila seseorang itu menyindir, mereka mengharapkan anda tersentak, atau berasa marah, rendah diri atau tidak yakin.
Sebaliknya jika anda cuma tersenyum sahaja, itu membuatkan rancangan dia untuk ‘menjatuhkan semangat’ anda tidak menjadi.
Oleh itu kekal tenang dan senyum. #senyumsenyumselalu ☺☺☺
Jika tak mampu nak sokong saya dalam berbisnes ni, tolonglah jauhkan diri anda dari saya..
Saya, DALIANA BT DAHLAN. ☺
No comments :
Post a Comment