Bismillah.
Sebelum ini garam memang sinonim dengan penyakit darah tinggi. Jangan ambil garam berlebihan nanti membahayakan kesihatan.
Tanpa kita sedari garam sebenarnya ada manfaat tersendiri disamping menjadikan makanan lebih sedap.
Akan tetapi cara penggunaan garam yang betul perlu diketahui untuk mengambil manfaat sepenuhnya daripada garam.
Berikut adalah perkongsian menarik daripada rakan di Facebook tentang penggunaan garam ikut Sunnah Nabi:
Buat Tukang Masak, Suri rumahtangga dan siapa saja yang suka masak. Ini cara betul mengunakan garam dan juga untuk rawatan mengikuti cara Rasulullah.
Kita disogok dengan fakta palsu; Ambil garam lebih boleh kena darah tinggi (Ini protokol yahudi)
Kembali kepada cara hidup Nabi (SAW), Sebelum makan Nabi (SAW) letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan dimakan.
Sampai di tempat baru, Nabi (SAW) ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru. Untuk ubat penyakit rohani, air perlu dicampur garam terutama sihir dan santau.
Kenapa?
Allah dah cipta garam adalah penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur-unsur negatif berdasarkan pengamalan Pengamal Perubatan Islam.
Untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah. Garam juga ada unsur yang boleh balance balik sistem tubuh kita. Ini sunnah kita.
Tapi garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindak balas dengan suhu tinggi/panas. Maksudnya kalau nak masak, guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu. Baru letak garam. Kita panggil bubuh garam atas darat macam orang arab buat; Bubuh garam masa nak makan.
Sebab?
Garam ada sodium dan potassium. Tubuh perlu potassium lebih. Kalau dalam suhu panas, garam hanya tinggal sodium. Potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi.
Seelok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan diletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman.
Wallahu’alam.
Diambil daripada Ustazah Masjid KLIA.
Nah..Tanpa diketahui sangat besar manfaat garam jika tahu cara guna yang betul. Sebelum ini kita disogokkan dengan maklumat yang salah tentang garam.
Diharapkan dengan perkongsian ini dapat mengubah cara kita guna garam dalam makanan seharian.
Senyum senyum selalu ☺☺☺
No comments :
Post a Comment