Asid Folik sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" dan "fetal", yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.
Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan kepentingan asid folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan,sebelum dan semasa mengandung.
Ramai wanita yang tidak mengetahui yang pengambilan asid folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan.
Asid folik diperlukan untuk merangsang kesempurnaan pembentukan saraf tunjang semasa di peringkat awal mengandung iaitu 4 minggu pertama.
Ini dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil "Neural Tube Defect" (NTD).
Menurut kajian pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini di antara 50% hingga 70% kemungkinan daripada ianya terjadi.
Terdapat dua bentuk utama NTD iaituanencephaly dan spina bifida. Anencephaly ialah tiada sebahagian atau keseluruhan otak bayi manakala spina bifida pula adalah keadaan di mana terdapat bukaan pada tulang belakang yang mungkin boleh menyebabkan lumpuh.
Asid folik juga merupakan satu daripada beberapa nutrien yang diketahui mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida, yang berlaku bagi 10 dalam setiap 10,000 orang bayi.
Wanita yang tidak mengambil asid folik secukupnya juga akan meningkatkan kemungkinan mengalami keguguran dan kelahiran yang menyebabkan kematian.
Ibu yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatkan anak yang seterusnya dengan kecacatan yang sama.
Dalam kes seperti ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi bermula sebulan sebelum hamil, jika boleh, dan diteruskan sehingga tiga bulan pertama kehamilan.
Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat kempen-kempen giat dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada wanita tentang kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan asid folik atau dengan pengambilan pil asid folik.
Kemungkinan besar asid folik juga boleh mengurangkan lain-lain kecacatan atau masalah bayi seperti sumbing lelangit, kecacatan jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama panjang (limb reduction), kecacatan sistem pembuangan air kencing dan pucat (anaemia).
Badan Kesihatan Dunia ‘World Health Organisation’(WHO) mencadangkan bahawa pengambilan sumber asid folik adalah seperti berikut :
Kanak-kanak berusia 1-3 tahun: 160ug/sehari
Kanak-kanak berusia 4-6 tahun:200ug/sehari
Kanak-kanak berusia 7-9tahun:300ug/sehari
Ibu mengandung: 600ug/sehari
Ibu menyusu bayi:500ug/sehari
Asid folik boleh ditemui dengan banyaknya di dalam sumber sayur-sayuran hijau dan turut terdapat di dalam susu dan sumber tenusu.
Makanan berikut mengandungi asid folik : barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.
Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jikalau ia terlebih masak kerana ianya mudah larut dalam air, jadi anda dinasihatkan memasak dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima serta pendekkan masa memasak.
Anda juga digalakkan untuk mencuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.
Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan pengambilan asid folik turut dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, strok, kanser usus besar dan kanser pangkal rahim.
Catatan : Rencana ini disumbangkan oleh Pegawai Sains di Jabatan Neurologi USM merangkap Penulis Sains Malaysia
BCOMPLEX SHAKLEE
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi saya sekarang!
SID DALIANA BT DAHLAN
013 747 9175
FB PAGE: Vitamins in Da House
EMail: ku_alia80@yahoo.com
Dapatkan juga #SHAKLEESHAKER
#SHAKLEEPILLBOX #SAMPULDUITRAYA eksklusif utk semua customers Vitamins in Da House ☺❤