6 Nutrisi Penting Sepanjang Kehamilan Yang Perlu Untuk Ibu Hamil
1. Sumber Protein
Protein membantu penghasilan sel baru, keseimbangan hormon dan enzim dalam badan. Setiap ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 60 gram sehari. Protein boleh didapati dari kekacang, daging merah, tempe dan tauhu.
2. Kalsium
Kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi janin. Pengambilan kalsium yang cukup sangat penting untuk ibu hamil elak risiko osteoporosis dan sakit lutut yang biasa di alami oleh warga emas. Jika kalsium tidak mengcukupi di dalam badan ibu, janin akan mengambil sumber kalsium dari tulang ibunya. Kalsium boleh di dapati dari sayuran hijau dan susu.
3. Asid Folik
Asid folik sangat penting terutama di awal kehamilan kerana janin sangat memerlukan tambahan asid folik sebanyak 400 mikrogram sehari untuk membantu pembentukan sel dan sistem sarafnya. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan perkembangan janin terbantut dan tidak sempurna seperti mengalami bibir sumbing, lahir tanpa tempurung kepala dan masalah spina bifida. Asid folik boleh didapati dari beras merah, buah-buahan dan sayuran hijau.
4. Zat Besi
Zat besi penting dalam pembentukan sel darah merah. Sekurang-kurangnya sebanyak 30 mg sehari diperlukan oleh ibu hamil. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan risiko anemia dan mengelak dari masalah hemoglobin rendah (hb rendah). Zat besi boleh didapati dari daging, hati dan sayuran hijau seperti bayam.
5. Vitamin C
Vitamin C merupakan sumber antioksidan yang tinggi dan membantu meningkatkan sistem imun badan. Penting juga untuk kesihatan gusi serta membantu penyerapan zat besi dengan baik. Selain itu melindungi badan dari serangan radikal bebas yang boleh mengganggu sistem organ badan.
6. Minyak Ikan
Minyak ikan merupakan asid lemak omega-3 yang mengandungi DHA, EPA, dan ALA yang mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan perkembangan fungsi-fungsi otak, membantu perkembangan sistem saraf bayi dan perkembangan mata.
Sangat penting untuk ibu hamil mengambil berat tentang kepentingan nutrisi sepanjang kehamilan. Kekurangan nutrisi ini boleh menyebabkan terjadinya gejala anemia, kaki bengkak, kejang kaki (cramp), gusi berdarah dan sakit belakang. Tapi yang lebih teruk boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra matang dan kematian janin. Jadi amatlah penting pengambilan nutrisi yang lengkap sepanjang kehamilan untuk ibu hamil.
Pengalaman saya sepanjang tempoh kehamilan, usia kandungan saya kini sudah 34w, saya mengamalkan pengambilan suplemen semulajadi iaitu Suplemen Shaklee (setelah mndapatkn kebenaran dr Doc Pakar)..
Alhamdulillah..Ia memang banyak membantu saya kekal cergas dan sihat, yang paling penting perkembangan baby pun alhamdulillah sangat baik ☺❤
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi saya sekarang!
SID DALIANA BT DAHLAN
013 747 9175
FB PAGE: Vitamins in Da House
EMail: ku_alia80@yahoo.com
Dapatkan juga #SHAKLEESHAKER
#SHAKLEEPILLBOX #SAMPULDUITRAYA eksklusif utk semua customers Vitamins in Da House ☺❤
No comments :
Post a Comment