Adakah kejang perut sesuatu yang normal semasa hamil?
Ya. Kekejangan dan kesakitan lain di perut adalah normal. Jika ia berlaku tanpa simptom-simptom yang lain, tiada apa yang perlu dibimbangkan.Membawa bayi dalam kandungan memberi banyak tekanan ke atas otot-otot, sendi dan urat-uratanda. Maka tidak hairanlah jika anda rasa tidak selesa di bahagian perut.
Sepanjang kehamilan, tisu-tisu kental dan fleksibel (ligamen) yang menyambungkan tulang-tulang anda meregang untuk menyokong pembesaran uterus (rahim) anda. Jadi apabila anda bergerak, anda mungkin rasa sakit sedikit pada sebelah atau kedua-dua belah badan anda.
Apabila bayi semakin membesar, uterus lebih terdorong untuk menyenget ke kanan dan ligamen-ligamen di bahagian itu mungkin tertarik atau mengejang. Oleh itu, anda mungkin rasa sakit lebih kerap pada bahagian kanan.
Ada apa-apakah yang boleh saya lakukan untuk melegakan kekejangan?
Berehat apabila kesakitan berlaku biasanya dapat melegakan kekejangan, begitu juga dengan langkah-langkah berikut:- Cuba duduk sebentar.
- Baring mengiring ke bahagian bertentangan di mana kesakitan itu berlaku, dan tinggikan kaki anda.
- Mandi air hangat.
- Tuam bahagian yang sakit menggunakan botol air panas atau beg gandum.
- Cuba relaks.
Hubungan kelamin semasa hamil boleh membuat keadaan ini terasa lebih seperti kekejangan jenis kontraksi, terutamanya dalam trimester ketiga.
Anda boleh mengurangkan kemungkinan berlakunya kekejangan ini dengan melakukannya dengan lembut dan perlahan. Urutan belakang yang lembut selepas mencapai orgasme juga mungkin membantu.
Senyum-senyum selalu mummies ☺❤
No comments :
Post a Comment