Kaki Sembab @ Bengkak (Water Retention) Semasa Hamil
Antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu mengandung adalah sembab atau bengkak pada kaki (mungkin juga pada tangan, muka, dan macam-macamlah). Masalah ini boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada si ibu kerana menghadapi kesukaran utk berjalan, solat, dan sebagainya.
Semasa hamil, badan menghasilkan
kira-kira 50% lebih darah dan cecair badan sebagai persediaan menampung bayi yang sedang membesar.
Bengkak atau sembab yang disebabkan oleh darah dan cecair tambahan ini adalah normal semasa hamil.
Kesembapan normal, yang juga dikenali sebagai edema, boleh berlaku pada bahagian tangan, muka, kaki dan pergelangan kaki.
Jika tiba-tiba badan anda mengalami sembab@bengkak (edema), pastikan anda mendapatkan nasihat gynea, kerana dirisaukan anda mungkin mengalami gejalan pra-eklampsia.
Ada cara-cara mengurangkan masalah edema semasa hamil. Antaranya ialah:
☺ Minum air secukupnya iaitu 2-3liter sehari. Dengan minum air secukupnya, maka toksin dalam badan akan dapat dinyahkan secara efektif. Selain itu, sembelit dapat dielakkan. Jika badan kekurangan air, maka badan akan bertindak menyimpan air, maka terjadilah masalah sembab.
☺ Bersenam seperti berjalan, berenang atau menggunakan basikal senaman. Pastikan senaman sesuai dengan keupayaan anda yang hamil ye. Senaman juga membantu mengurangkan masalah sembelit.
☺ Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama.
Naikkan kaki anda semasa duduk, seperti meletak di atas kerusi untuk menyokong kaki semasa duduk. Jika di pejabat, anda boleh meletakkan kotak di depan kaki untuk sokongan.
☺ Jika anda menaiki kenderaan, banyakkan berhenti untuk meregangkan kaki dan mengurangkan lenguh-lenguh di bahagian pinggul.
☺ Pakai stoking sokongan untuk mengurangkan cecair berkumpul di kawasan buku lali.
☺❤ Selain itu, anda boleh memastikan diri anda mengambil tablet kalsium yang mengandungi magnesium untuk mencegah edema. Ini adalah kerana kalsium membantu pertukaran cecair di dalam badan dan boleh membantu menyahkan cecair daripada sel tisu. Magnesium pula adalah unsur yang membantu mengurangkan edema.
Dalam Set Kehamilan Shaklee, memang telah disertakan sekali tablet kalsium yang diberi nama OsteMatrix. OsteMatrix ini, selain membantu membekalkan keperluan kalsium yang diperlukan oleh ibu dan bayi, dapat juga membantu mengurangkan edema. Tablet OsteMatrix ini juga mengandungi magnesium untuk penyerapan kalsium yang efektif kepada badan.
No comments :
Post a Comment