Bagaimana jika saya rasa tidak sihat dan mengalami kekejangan?
Kekejangan yang berlaku seiring dengan rasa tidak sihat tidak mempunyai kaitan dengan kehamilan. Penyakit apendiks, batu karang,jangkitan salur kencing atau masalah pundi kencing kesemuanya boleh menyebabkan kekejangan perut.Ada kemungkinan kehamilan menyebabkan masalah ini. Fibroid dalam uterus yang sebelum ini tidak mengganggu anda mungkin akan membuat anda tidak selesa apabila anda sedang hamil.
Ingatlah apa yang anda rasakan dan beritahu doktor anda mengenainya. Doktor anda boleh memastikan samada kesakitan ini adalah kesakitan biasa atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, jangan tunggu untuk mendapatkan bantuan jika kekejangan itu tidak hilang selepas beberapa minit anda berehat, atau jika ia disertai dengan:
- sakit atau pedih ketika anda membuang air kecil;
- rembesan faraj yang tidak normal;
- pendarahan atau terdapat tompokan darah;
- lebam dan kesakitan;
- muntah;
- demam;
- rasa seram sejuk.
Tolong ingat apa yang anda rasakan dan beritahu doktor anda mengenainya ya! ☺❤
Take care mummies ☺❤
No comments :
Post a Comment