Perilaku hiperaktif ini bukannya perilaku normal kanak-kanak tetapi ia merupakan suatu penyakit yang perlu ditangani dan diubati. Perilaku hiperaktif ini dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) di mana kanak-kanak ini tersangat aktif dan lasak, ia boleh memahami dan berfikir tetapi sukar memberi tumpuan atau perhatian. Ini menyebabkan kanak-kanak hiperaktif ini sukar bergaul dalam masyarakat dan lemah dari segi akademiknya.
Masalah perilaku hiperaktif di peringkat kanak-kanak ini jika tidak diubati atau ditangani dengan sewajarnya, mungkin penyakit ini akan berterusan hingga dewasa. Kanak-kanak hiperaktif ini selalunya melakukan sesuatu tanpa memikirkan orang lain di sekelilingnya, cuma ikut hatinya sahaja dan suka bermain bersendirian.
Perilaku hiperaktif ini boleh dirawati atau ditangani dengan pengurusan emosi yang berkesan, seperti tidak meninggalkannya bersendirian bergaul dengan kanak-kanak yang lebih muda kerana ditakuti dia akan menyakiti atau mencederakan mereka, jauhkan benda-benda yang tajam dan merbahaya supaya dia tidak mencederakan dirinya sendiri, perlu ditegur dan dididik serta didisplinkannya, jangan bercakap dan berlaku kasar di hadapannya kerana selalunya dia akan mengikut apa yang ibu bapa lakukan, perlukan perhatian dan tunjukkan kasih sayang yang lebih, dan jangan merendah-rendahkan dirinya di depan orang sehingga dia terasa tidak disayangi kerana ini kan memburukkan lagi keadaannya.
Kanak-kanak hiperaktif sangat bertenaga, menyebabkan tumpuan mereka menjadi sukar.
Salah satu cara untuk membantu menangani tenaga tambahan ini adalah dengan memberi mereka banyak peluang untuk melakukan aktiviti fizikal. Walaupun kita tidak sepatutnya membiarkan anak sampai ke tahap terlalu letih, senaman adalah cara yang bermanfaat untuk membantu memfokuskan tenaga berlebihan itu secara positif.
Dr Phil McGraw (psychologist) berkata, disiplin yang terbaik adalah dengan memfokuskan pada tingkah laku kanak-kanak yang positif.
Kanak-kanak akan bertindak balas terhadap pujian, dan lebih cenderung untuk mendapatkan perhatian dengan melakukan sesuatu yang baik, jika kita memberi penghargaan setiap kali mereka berkelakuan baik.
Kanak-kanak hiperaktif sering mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka dengan cara yang negatif, sama ada ibu bapa menjerit, membentak atau memukul disebabkan ibu bapa melabelkan mereka sebagai “buas”.
Adalah penting untuk menyedari bahawa kanak-kanak hiperaktif tidak selalu mempunyai kawalan seperti kanak-kanak lain.
Jangan menyalahkan mereka atas apa yang tidak mampu mereka kawal.
Sesetengah guru gemar mengatakan bahawa jika kanak-kanak boleh berkelakuan baik sekali, mereka akan boleh berbuat demikian di lain kali tetapi ini tidak tepat untuk kanak-kanak hiperaktif.
Banyak faktor yang boleh mempengaruhi keupayaan kanak-kanak hiperaktif untuk mempamerkan kawalan diri.
Kita perlu peka terhadap faktor-faktor luaran yang boleh membuatkan kawalan diri menjadi lebih sukar, seperti ketegangan antara ibu dan bapa, kematian haiwan kesayangan, tidak cukup tidur dan sebagainya.
Kanak-kanak yang tidak sihat sering buat perangai dan ini tidak terkecuali pada kanak-kanak hiperaktif juga.
sumber:
ibubapacemerlang2012.blogspot.com
No comments :
Post a Comment