Bilakah kekejangan menjadi satu kebimbangan dalam trimester ketiga?
Sampai ke trimester ketiga bermaksud anda hampir tiba ke penghujung kehamilan. Kejang perut mungkin bermakna badan anda telah mula bersiap sedia menghadapi proses kelahiran, maka perkara utama yang perlu dibimbangkan ialah kelahiran pramatang.Jika anda sakit bersalin awal, ini tidak semestinya bermakna anda akan bersalin ketika itu. Kadang kala, selagi air ketuban anda belum pecah, ia hanyalah sakit biasa.
Jika kelahiran pramatang berlaku, anda akan rasa sakit di bahagian pelvis atau bahagian bawah perut, sakit belakang, kejang perut dan cirit-birit. Anda mungkin rasa ketuban anda pecah, disertai dengan kontraksi yang kerap ataupun uterus anda terasa mengetat, namun biasanya tidak menyakitkan. Ini boleh berlaku pada bila-bila masa di antara minggu ke-24 dan minggu ke-37 kehamilan.
Hubungi doktor anda serta merta jika anda rasa air ketuban anda sudah pecah.
Kekejangan yang berlaku selepas minggu ke-37 kehamilan mungkin bermakna anda telah masuk ke peringkat awal kelahiran. Pada peringkat ini, kekejangan bukan lagi satu kebimbangan. Ia adalah sebahagian daripada cara badan anda bersiap sedia untuk melahirkan. Anda juga mungkin akan rasa sakit pada bahagian bawah pinggang yang disebabkan oleh tekanan yang bertambah pada pelvis dan belakang anda.
Kekejangan semasa peringkat awal pelahiran tidaklah seteruk kontraksi yang akan anda alami dalam peringkat pelahiran aktif. Anda mungkin dapati berehat di atas sofa atau berjalan-jalan dapat membantu. Jika anda dapat mencari cara tersendiri untuk menangani ketidakselesaan ini sekarang, ia akan membantu anda apabila tiba ke peringkat pelahiran aktif nanti.
Tolong Hubungi doktor anda serta merta jika anda rasa air ketuban anda sudah pecah ya! Take care mummies ☺❤
All the best!!!
No comments :
Post a Comment